Tuesday, December 7, 2010

Keunggulan Cinta Rasulullah SAW

Alangkah bertuahnya umat ini kerana dikurniakan seorang Rasul yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. Baginda SAW mengungkapkan cintanya dengan ungkapan-ungkapan cinta yang paling murni dan sejati, termasuklah cinta seorang ayah kepada anaknya, seperti sabdanya,

“Sesungguhnya diriku bagi kalian bagaikan seorang ayah bagi anaknya.” (riwayat al-Darimi).

Jika para bapa yang lain lebih banyak berjasa memelihara kebajikan material yang tidak kekal sifatnya, Rasulullah adalah bapa paling mithali dan paling layak menerima segala darjah kebesaran dan pujian kerana Baginda juga adalah bapa yang membelai dan menyubur jiwa dan roh umatnya agar berjaya di sini dan di alam abadi.

Hidup dan matinya sentiasa tamak menghulurkan kasih sayang, inginkan kebaikan dan kesejahteraan untuk anak-anaknya, sentiasa merasa berat melihat kesusahan yang ditanggung oleh umatnya dan sentiasa tamak berusaha memberikan petunjuk kepada mereka agar mereka terselamat daripada lubuk kesesatan dan kerosakan.

Allah SWT menjelaskan kecintaan dan keprihatinan Baginda ini melalui firman-Nya dalam surah al-Taubah ayat 128. Malah Rasulullah pernah bersabda:

Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Apa sahaja yang dilakukan dan difikirkan oleh Baginda semata-mata demi umatnya sehingga Baginda tidak reda seorang pun umatnya terjerumus ke neraka.

Diriwayatkan oleh Muslim dalam sahihnya daripada Abdullah ibnu ‘Amru ibnu al ‘As berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah SAW membaca firman Allah mengenai Nabi Ibrahim as:

Wahai Tuhanku! Berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat banyak di antara umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka dia adalah dari golonganku; dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi agamaku), maka sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya dia insaf dan bertaubat). (Ibrahim: 36)

Kemudian Baginda SAW membaca pula perkataan Nabi Isa as iaitu dalam surah al-Maidah ayat 118.

Setelah itu, Nabi mengangkat kedua tangannya dan berdoa sambil menangis: Ya Allah! Umatku! Umatku! Lalu Allah berfirman kepada Jibril as, “Wahai Jibril! Pergilah kamu kepada Muhammad – sememangnya Allah lebih Mengetahui – tanyalah kepadanya apa yang menyebabkan dia menangis.” Maka Jibril as menemui Nabi SAW, lalu bertanya kepada Baginda SAW dan Baginda mengkhabarkan kepada Jibril as sebab tangisannya. Maka Allah berfirman kepada Jibril as, “Pergilah kamu menemui Muhammad dan katakanlah kepadanya bahawa Allah berfirman kepadanya: “Sesungguhnya Kami akan membuatkan engkau reda pada umat engkau dan Kami tidak akan menyakiti (mendukacitakan) engkau dalam urusan umat engkau.

Menurut Imam Nawawi, hadis ini menunjukkan kesempurnaan sifat kasih Nabi SAW terhadap umatnya, keprihatinan Baginda terhadap kemaslahatan dan keadaan mereka. Ia juga menerangkan tentang kebesaran kedudukan Nabi SAW di sisi Allah dan betapa besarnya kelembutan Allah terhadap hamba-Nya. Pengutusan Jibril as kepada Baginda SAW menzahirkan lagi ketinggian kedudukan Baginda di sisi Allah di tempat yang teratas sehingga Baginda dimuliakan dengan diberikan kepadanya apa yang disukai dan diredainya. (Sohih Muslim bi Syarh Imam al Nawawi jilid 2 H: 438)

Rasulullah utamakan umatnya

Sifat kasih yang mendalam menyebabkan Baginda sentiasa mengutamakan umatnya, tidak mahu umatnya menanggung kesusahan dan segala beban umatnya rela ditanggung sendiri oleh Baginda SAW. Rasulullah SAW bersabda:

Aku lebih utama bagi orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri. Sesiapa dari kalangan kaum Mukminin yang meninggal dunia meninggalkan hutang maka ke ataskulah tanggungjawab melangsaikan hutangnya. Sesiapa dari kalangan mereka yang meninggalkan harta, maka ia adalah bagi warisnya. (riwayat Imam Ahmad, al-Bukhari, Muslim, al-Nasai dan Ibnu Majah). Bahkan, Allah telah berfirman mengenainya sebagai mana dalam surah al-Ahzab ayat 6.

Ulama menyatakan, Nabi SAW adalah lebih utama daripada diri mereka sendiri kerana diri mereka mengajak mereka kepada kerosakan, sedangkan Baginda SAW mengajak mereka kepada keselamatan dan kesejahteraan.

Nabi SAW juga mengambil berat tentang keadaan umatnya dan sentiasa mendoakan mereka. Diriwayatkan oleh al-Bazzar daripada Aisyah berkata:

Tatkala saya melihat Nabi SAW berada dalam keadaan baik, saya berkata, “Wahai Rasulullah! Doakanlah untuk saya.” Rasulullah SAW pun mendoakan, “Ya Allah! Ampunilah dosa Aisyah yang terdahulu dan yang terkemudian, yang tersembunyi dan yang terang.” Mendengarnya, Aisyah ketawa gembira sehingga kepalanya jatuh ke ribanya kerana terlalu gembira. Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Adakah doa saya menggembirakan kamu?” Aisyah menjawab, “Kenapa tidak, saya begitu gembira dengan doamu itu?” Rasulullah SAW bersabda, “Demi Allah! Inilah doa yang saya panjatkan untuk umat saya dalam setiap solat.”

Rasulullah SAW juga menyimpan doa mustajabnya untuk dijadikan sebagai syafaat bagi umatnya pada hari yang paling penting dan sukar iaitu Hari Kiamat. Abu Hurairah ra meriwayatkan, bahawa Nabi SAW bersabda:

Setiap nabi mempunyai doa yang mustajab. Maka setiap nabi bersegera memanfaat doa itu. Tetapi aku menyimpankan doa itu sebagai penolong untuk umatku pada Hari Kiamat. (riwayat Muslim dalam kitab al Iman)

Rasulullah adalah duta Allah SWT bagi menyampaikan mesej kasih sayang, dan Baginda telah pun melaksanakan amanah tersebut dengan sempurna. Kasih sayang itu telah pun diterjemahkan dalam segala perbuatan dan perkataan Baginda.

Rasulullah SAW menghulurkan kasih sayangnya, tanpa mengira warna kulit dan agama seseorang, hatta benda-benda tidak bernyawa mengecapi nikmat cinta Baginda. Baginda SAW sentiasa menyuruh bersifat belas dan kasih dan membenci kekerasan dan kekasaran.

Diriwayatkan daripada Aisyah ra bahawa orang-orang Yahudi menemui Nabi SAW, lalu mengucapkan: “Kecelakaan ke atas kamu.” Rasululah SAW bersabda: “Dan ke atasmu juga.” Lalu Aisyah mencelah: “Semoga kecelakaan ditimpakan ke atas kalian juga, laknat Allah dan juga kemurkaan-Nya ke atas kalian.” Rasulullah bersabda: “Perlahan-lahanlah, wahai Aisyah! Berlemah-lembutlah kamu dan janganlah kamu berkasar.”Aisyah berkata: “Apakah kamu tidak mendengar apa yang mereka ucapkan?” Rasulullah SAW bersabda: “Apakah kamu tidak mendengar apa yang aku katakan? Aku telah pun membalas ucapan mereka. Maka doaku itu dimustajabkan dan doa mereka tidak diperkenankan.” Jelas dalam situasi sebegitupun cinta yang mendalam dalam diri Rasulullah menghalangnya daripada berlebihan dalam membalas kejahatan.

Maka tepatlah Allah telah menggelarkan Baginda sebagai rahmat kepada seluruh alam dan sebagai yang amat pengasih kepada umatnya. Allah SWT telah berkenan mengurniakan kepada Baginda dua daripada nama-nama-Nya yang agung iaitu Ra’uf (Orang yang bersifat belas) dan Rahim (Orang Yang Penyayang).

Di dunia, Nabi SAW sentiasa berusaha memberi keringanan kepada umatnya. Maka Baginda SAW bersabda: “Sekiranya tidak berat ke atas umatku, nescaya aku memerintahkan mereka supaya bersugi pada setiap kali hendak melakukan solat.” Manakala di akhirat, Rasulullah SAW bersabda: “Umatku! Umatku! Ketika itu, manusia sibuk mendapatkan pertolongan para Nabi sedangkan mereka pula sibuk memikirkan nasib diri mereka. Tetapi Nabi Muhammad sibuk memikirkan umatnya bukan dirinya.

Justeru, wajiblah bagi kita menyaksikan kemuliaan Baginda dalam setiap nikmat yang diterima oleh seorang Muslim kerana Baginda SAW adalah pembuka jalan-jalan kebaikan untuk kita dan menzahirkan bagi kita jalan-jalan yang mulia.

Rasulullah menghulur cinta bukan untuk dibalas tetapi untuk diteladani. Meneladani cinta Baginda SAW membawa bahagia hingga ke syurga. Orang yang berakal dan mempunyai hati yang sejahtera, menghargai pemberian dan kasih sayang yang diberikan kepadanya dengan sebaik mungkin dan membalas kasih sayang dengan kasih sayang serta ketaatan yang tidak berbelah bahagi.

Para sahabat adalah orang yang paling hebat kecintaannya terhadap Baginda SAW, maka mereka adalah orang yang paling sempurna ikutannya terhadap sunah Baginda. Bagi mereka melaksanakan perintah Baginda SAW merupakan suatu kebahagiaan yang tidak mengenal erti jemu, lemah dan malas.

Cinta Rasulullah SAW juga unggul kerana ia merentasi tempat dan zaman hingga meliputi umatnya yang tidak pernah bersua dengannya mahupun keluarganya atau sahabatnya.

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Baginda bersabda yang maksudnya, “Bertuahlah sesiapa yang melihatku dan beriman padaku.” Mendengar sabdanya ini mungkin kita umatnya yang datang kemudian agak sedih dan terkilan kerana tidak turut terangkum dalam sabdaannya itu. Tetapi alangkahnya terhibur hati kita apabila mendengar Rasulullah menyambung lagi sabdanya dengan bersemangat, “Bertuahlah, dan bertuahlah, dan bertuahlah, sesiapa yang tidak melihatku dan beriman padaku.”

Begitulah sekelumit paparan keunggulan cinta Rasulullah kepada umatnya yang sebenarnya telah melemahkan segala kalam dan lisan. Insya-Allah, minggu hadapan ruangan ini akan mengimbau bagaimana selayaknya kita membalas cinta Baginda.

Kisah Rahsia Khusyu' Solat



Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusof seorang yang warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang hamba bernama Hatim al-Isam dan bertanya; “wahai Aba Abdurrahman, bagaimana caranya tuan bersolat?”.Hatim berkata; “Apabila masuk waktu solat aku berwudhu’ zahir dan batin”. Isam bertanya; “Bagaimana berwudhu’ zahir dan batin itu?”.

Hatim menjawab; “Wudhu’ zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu’ dengan air.Sementara wudhu’ batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara:

1.bertaubat memohon ampunan,
2.menyesali dosa yang dilakukan,
3.tidak tergila-gilakan dunia,
4.tidak mencari / mengharap pujian / riak,
5.tinggalkan sifat berbangga,
6.tinggalkan sifat khianat dan menipu,
7.meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata; “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua aggotaku dan mengadap qiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka disebelah kiriku, malaikat maut di belakangku, dan aku bayangkan pula seolah-olah aku berdiri diatas titian ‘Siratul Mustaqim’ dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat yang terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat aku fahami maknanya, kemudian aku ruku’ dan sujud dengan tawadhu’, aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku beri salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.

Apabila Isam mendengar jawapan Hatim, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

6 Soalan Imam al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya.

Lalu Imam Al-Ghazali bertanya; yang pertama “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?” Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua (ibu bapa), guru, teman & kerabatnya. Imam Al-Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita adalah MATI. Itulah yang dijanjikan Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Surah Ali Imran, ayat 185)


Lalu Imam Al-Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua: “Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?” Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari & bintang. Semua jawapan itu betul, tetapi menurut Imam Al-Ghazali yang paling tepat adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apa pun kenderaan kita, kita tetap tidak boleh kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini & hari-hari mendatang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.


Bagi pertanyaan yang ketiga “Apa yang paling besar di dunia ini?” murid-muridnya menjawab gunung, bumi & matahari. semua jawapan itu benar tetapi menurut Imam Al-Ghazali, adalah NAFSU (Surah Al A’raf ayat 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.


Pertanyaan keempat adalah, “Apa yang paling berat di dunia ini?” Ada yang menjawab batu, besi & gajah. Semua jawapan itu benar tetapi bagi Imam Al-Ghazali, MEMEGANG AMANAH (Surah Al Ahzab ayat 72).


Soalan kelima beliau “Apa yang paling ringan di dunia ini?”, ada yang menjawab kapas, angin, debu & dedaunan tetapi jawapan Imam Al-Ghazali adalah MENINGGALKAN SOLAT gara-gara pekerjaan, gara-gara meeting, kita tinggalkan solat.


Lantas pertanyaan ke enam adalah “Apakah yang paling tajam di dunia ini?” Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang…sekali lagi, meskipun jawapan itu benar tetapi bagi beliau yang paling tajam adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

Petua Imam asy-Syafiee Untuk Sihat

Empat perkara menguatkan badan:

1. makan daging

2. memakai haruman

3. kerap mandi

4. berpakaian dari kapas



Empat perkara melemahkan badan:

1. banyak berkelamin (bersetubuh)

2. selalu cemas

3. banyak minum air ketika makan

4. banyak makan bahan yang masam



Empat perkara menajamkan mata:

1. duduk mengadap kiblat

2. bercelak sebelum tidur

3. memandang yang hijau

4. berpakaian bersih



Empat perkara merosakan mata:

1. memandang najis

2. melihat orang dibunuh

3. melihat kemaluan

4. membelakangi kiblat



Empat perkara menajamkan fikiran:

1. tidak banyak berbual kosong

2. rajin bersugi (gosok gigi)

3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama

Wasiat Asy-Syahid Imam Hasan al-Banna

1.Apabila saudara mendengar azan solat fardhu , segeralah bangun untuk bersolat serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

2.Bacalah ( fahamilah ) Al-Quran atau tataplah ilmu atau dangarlah perkara yang baik atau berzikir , janganlah sesekali saudara membuang masa dan melakukan perkara sia-sia.

3.Berusahalah sedaya-upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab kerana ia merupakan salah satu syari’at Islam.

4.Janganlah banyak berdebat dalam apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah S.W.T. itu sentiasa tenang dan tenteram.

6.Saudara janganlah banyak bergurau kerana umat yang berjihad sentiasa bersungguh-sungguh dan serius dalam setiap perkara.

7.Janganlah saudara bercakap lebih nyaring ( kuat / meninggikan suara ) daripada kadar yang dikehendaki pendengar kerana ia menjemukan serta boleh menyakiti pendengar.

8.Jauhkan dari mengumpat , mengecam pertubuhan dan jangan bercakap melainkan perkara yang mendatangkan kebaikan.Sabda Rasulullah S.A.W. ; ”Berkatalah kamu perkara yang baik atau ( jika sebaliknya ) diam”.

9.Berkenalanlah dengan setiap rakan yang saudara tidak meminta demikian kerana asas-asas Da’wah ialah berkasih-sayang dan berkenalan.

10.Kewajipan seseorang labih banyak dari waktu , oleh itu , bantulah rakanmu untuk memanfaatkan waktu mereka dan jika saudara berurusan , maka singkatkanlah masa perlaksanaannya.

~Muhasabah Diri~
Sempena tahun baru islam ini, marilah kita sama2 mengislahkan diri supaya kita dpt menjadi muslim yang beriman dan bertaqwa..;-)..insyaAllah..

Friday, August 6, 2010

Ramadhan Kembali Menjelang..;-)


Bulan Ramadhan boleh dikira dengan jari ketibaannya. Tidak sabar rasenya hati ini untuk menjalani ibadah puasa. Aq berasa, Ramadhan kali ini begitu bermakna buat diriku walaupun berjauhan dengan keluargaku. Hati ini bagaikan melonjak-lonjak kegembiraan dgn ketibaan bulan Ramadhan. Ingin aku sematkan hatiku dan diriku untuk muhasabah kembali dan mengislahkan diri kearahMu YA ALLAH..

Bulan Ramdhan bulan yg dinantikan oleh org2 yg beriman. Ini disebabkan Ramadhan satu-satunya bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan yang tidak terdapat di dalam bulan-bulan yang lain, oleh sebab itu Rasulullah s.a.w. menjelaskan Ramadhan adalah penghulu kepada sebelas bulan yang lain. Hanya orang yang kenal kelebihan Ramadhan sahaja yang akan bersedia bila menjelangnya bulan yang mulia ini. Bulan Ramadhan adalah bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda.

Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Kita sering berasa pelik kenapa masih ada lagi org Islam yg melakukan kemaksiatan ketika bulan Ramadhan. Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita? Jawapan nya :
Ini adalah kerana nafsu telah bertapak dan bermaharajalela di hati kita. Hati kita dikawal oleh nafsu bukan dengan keimanan kepada Allah.. Fikir-fikir kan lah.. Tepuk Dada, Tanya IMAN...

Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Sahabat-Sahabat yg disayangi,

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan dengan melakukan amalan wajib dan mempertingkatkan juga amalan sunat seperti solat Terawih dan membaca Al-Quran.

Firman Allah S.W.T:

“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)

Pada bulan ini kita diwajibkan berpuasa. Berpuasa bukanlah sekadar menahan lapar semata-mata. Tetapi puasa adalah menahan lapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia untuk meningkatkan keimanan kepada Allah dengan melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam iaitu Jihad melawan Hawa Nafsu.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Saudara-saudari di Rahmati Allah,

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita dan meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah yg Maha Esa. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah, Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.

Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Akhir kata, marilah kita sama2 mempertingkatkan amalan pada bulan Ramadhan kerana bulan Ramadhan mempunyai banyak fadilat dan keistimewaan. Ingin tahu keistimewaan bulan Ramadhan??? Tunggu la post seterusnya...;-)

Sekian...

Friday, May 14, 2010

Kelebihan hari JUMAAT...


Hari ini merupakan hari JUMAAT.. Semua umat islam m'getahui JUMAAT merupakan hari yg istimewa bg umat islam krn byk peritiwa b'sejarah pd hari itu.. Oleh itu, pada hari JUMAAT yg indah ini, sy ingin menulis "Apakah kelebihan hari JUMAAT??"...
Rasulullah s.a.w bersabda: "hari JUMAAT merupakan penghulu segala hari dan yg terbesar disisi Allah, Ia adalah hari yg terbesar di sisi Allah drpd hari raya Fitri. Pada hari itu terdapat lima perkara iaitu:
  1. Penciptaan Adam

  2. Pada hari itu juga dikeluarkan Adam dr syurga

  3. Pada hari itu juga Adam wafat

  4. Dan pada masa itu juga terdpt satu masa dmana tidaklah seorg hamba itu meminta sesuatu dari Tuhannya melainkan akn dikurniakan kpdnya selagi dia tidak meminta yg haram

  5. Pada hari itu juga kiamat akan terjadi dan tidaklah seorg pun malaikat muqarrabun pun disisi Allah azzawajalla melainkan ia takut pd hari JUMAAT, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasakasih pada hari JUMAAT". (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)

Selain itu byk juga peristiwa penting yg berlaku pada hari JUMAAT antaranya :

  • kemenangan Rasulullah dan seterusnya b'jaya menawan kota Mekah.
  • pasukan Salahuddin Al-Ayyubi beroleh kemenangan dlm pertempuran dgn Hittin dan b'jaya membebaskan BaitulMaqdis drpd cengkaman Yahudi.

  • Umar Al-Khattab m'yelamatkan kota Palestin.

  • Allah m'wajibkan Solat JUMAAT bg kaum lelaki.

Sabda Rasulullah s.a.w : "Solat JUMAAT wajib bg setiap muslim, dilaksanakan secara b'jemaah kecuali mpat golongan iaitu hamba sahaya,org perempuan, anak kecil dan org sakit." (Hadis riwayat Abu Dawud dan Al-Hakim).

Selain itu Rasulullah b'sabda : "Barangsiapa yg mandi pd hari JUMAAT, kemudian m'gambil wudhu dgn sempurna utk mencucikan diri, kemudian memakai minyak rambut dan mengemaskan dirinya, kemudian m'gunakan wangian pd pakaian yg dipakainya dan keluar dtg ke Masjid, tidak m'yakitkan antara dua org, tidak m'ganggu ketenteraman org lain dan kemudian ia b'sembahyang dan terus b'sembahyang dan terus b'sembahyang seberapa byk yg dia termampu kemudian ia diam ketika imam keluar dan ketika khatib m'baca khutbah: Maka org yg b'buat begitu, Allah akn m'berikan pengampunan kepdnya dr hari JUMAAT itu dan JUMAAT yg akn dtg.."(Riwayat Imam Bukhari)..

Selain semua kelebihan yg diatas, trdapat byk lagi kelebihan pada hari JUMAAT... Marilah same2 kite mgambil tahu keistimewaan hari JUMaAT seterusnya keistimewaan ISLAM itu tersendiri..;-) Marilah kita terus B'AMAL dan B'JUANG... ALLAHUAKBAR!!!!