Friday, August 6, 2010

Ramadhan Kembali Menjelang..;-)


Bulan Ramadhan boleh dikira dengan jari ketibaannya. Tidak sabar rasenya hati ini untuk menjalani ibadah puasa. Aq berasa, Ramadhan kali ini begitu bermakna buat diriku walaupun berjauhan dengan keluargaku. Hati ini bagaikan melonjak-lonjak kegembiraan dgn ketibaan bulan Ramadhan. Ingin aku sematkan hatiku dan diriku untuk muhasabah kembali dan mengislahkan diri kearahMu YA ALLAH..

Bulan Ramdhan bulan yg dinantikan oleh org2 yg beriman. Ini disebabkan Ramadhan satu-satunya bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan yang tidak terdapat di dalam bulan-bulan yang lain, oleh sebab itu Rasulullah s.a.w. menjelaskan Ramadhan adalah penghulu kepada sebelas bulan yang lain. Hanya orang yang kenal kelebihan Ramadhan sahaja yang akan bersedia bila menjelangnya bulan yang mulia ini. Bulan Ramadhan adalah bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda.

Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Kita sering berasa pelik kenapa masih ada lagi org Islam yg melakukan kemaksiatan ketika bulan Ramadhan. Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita? Jawapan nya :
Ini adalah kerana nafsu telah bertapak dan bermaharajalela di hati kita. Hati kita dikawal oleh nafsu bukan dengan keimanan kepada Allah.. Fikir-fikir kan lah.. Tepuk Dada, Tanya IMAN...

Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Sahabat-Sahabat yg disayangi,

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan dengan melakukan amalan wajib dan mempertingkatkan juga amalan sunat seperti solat Terawih dan membaca Al-Quran.

Firman Allah S.W.T:

“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)

Pada bulan ini kita diwajibkan berpuasa. Berpuasa bukanlah sekadar menahan lapar semata-mata. Tetapi puasa adalah menahan lapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia untuk meningkatkan keimanan kepada Allah dengan melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam iaitu Jihad melawan Hawa Nafsu.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Saudara-saudari di Rahmati Allah,

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita dan meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah yg Maha Esa. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah, Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.

Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Akhir kata, marilah kita sama2 mempertingkatkan amalan pada bulan Ramadhan kerana bulan Ramadhan mempunyai banyak fadilat dan keistimewaan. Ingin tahu keistimewaan bulan Ramadhan??? Tunggu la post seterusnya...;-)

Sekian...

No comments:

Post a Comment