Tuesday, December 7, 2010

Kisah Rahsia Khusyu' Solat



Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusof seorang yang warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang hamba bernama Hatim al-Isam dan bertanya; “wahai Aba Abdurrahman, bagaimana caranya tuan bersolat?”.Hatim berkata; “Apabila masuk waktu solat aku berwudhu’ zahir dan batin”. Isam bertanya; “Bagaimana berwudhu’ zahir dan batin itu?”.

Hatim menjawab; “Wudhu’ zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu’ dengan air.Sementara wudhu’ batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara:

1.bertaubat memohon ampunan,
2.menyesali dosa yang dilakukan,
3.tidak tergila-gilakan dunia,
4.tidak mencari / mengharap pujian / riak,
5.tinggalkan sifat berbangga,
6.tinggalkan sifat khianat dan menipu,
7.meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata; “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua aggotaku dan mengadap qiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka disebelah kiriku, malaikat maut di belakangku, dan aku bayangkan pula seolah-olah aku berdiri diatas titian ‘Siratul Mustaqim’ dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat yang terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat aku fahami maknanya, kemudian aku ruku’ dan sujud dengan tawadhu’, aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku beri salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.

Apabila Isam mendengar jawapan Hatim, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

No comments:

Post a Comment